ARABIAN

Menerokai hasil pembiakan kuda pelbagai baka melalui salasilah dan keturunan

Website mykuda.com merupakan platform dokumentasi dan rujukan yang menghimpunkan seni hasil pembiakan kuda tempatan dengan baka Kuda Arab yang terdapat di negeri Kelantan dan juga seluruh Malaysia.

Pada peringkat permulaan, fokus utama diberikan kepada pengumpulan data hasil pembiakan kuda di negeri Kelantan. Seterusnya, skop ini akan diperluaskan secara berperingkat ke seluruh Malaysia bagi memastikan maklumat yang lebih lengkap, tersusun dan mudah diakses sebagai rujukan penting seperti line breeding, progeny dan pedigree.

Selain itu, maklumat berkaitan breeder dan stable turut dipaparkan bagi memudahkan carian, rujukan serta urusan antara pemilik, penternak dan peminat industri kuda.

Platform ini dibangunkan bukan hanya untuk kegunaan semasa, tetapi berfungsi sebagai sumber rujukan untuk generasi akan datang.

Similar Posts

  • LEGACY MARES

    Halaman ini memaparkan kuda betina Arab (mares) yang pernah berada di Kelantan tetapi kini sudah tiada, sama ada meninggal dunia atau berpindah milik. Pengaruh mereka terus hidup melalui keturunan, yang menjadi asas penting dan rujukan dalam pembiakan kuda Arab tempatan yang berkualiti. This page features Arabian mares that were once part of Kelantan’s breeding program…

  • CROSSBRED MARES

    Halaman ini menghimpunkan koleksi kuda betina berdarah Arab hasil daripada program pembiakan yang teliti bersama kuda Arab tulen, yang kebanyakannya terdapat di negeri Kelantan. Setiap mare mewarisi ciri-ciri utama daripada bapa dan leluhurnya seperti struktur badan, kecantikan fizikal, keseimbangan konformasi, ketahanan, stamina, temperamen yang baik serta prestasi, menjadikannya aset bernilai dalam pembangunan generasi seterusnya. Sebagai…

  • LEGENDARY SIRES

    Halaman Legendary Sire menghimpunkan profil stallion Arab legenda yang menjadi datuk moyang kepada generasi kuda Arab terkenal di Kelantan dan seluruh Malaysia. Stallion-stallion ini telah meninggalkan keturunan yang luar biasa, yang sehingga kini masih disebut, dikenang dan menjadi rujukan utama dalam dunia pembiakan. Antara nama terkenal termasuk Marwan Al Shaqab, Jaddan Al Shaqab, Thee Desperado,…

  • YOUNG ARABIANS

    Halaman ini memaparkan koleksi kuda Arab tulen muda berumur bawah empat (4) tahun yang terdapat di negeri Kelantan, merangkumi hasil pembiakan tempatan serta kuda import dari dalam dan luar negara. Setiap kuda dipaparkan bersama maklumat pedigree sebagai rujukan pembiakan dan potensi masa hadapan. The Young Arabian page presents a curated collection of images and pedigree…

  • LEGACY SIRES

    Halaman ini memaparkan stallion Arab yang pernah berada di Kelantan tetapi kini sudah tiada, sama ada meninggal dunia atau berpindah milik. Walaupun tiada, pengaruh mereka terus hidup melalui keturunan, yang masih menjadi rujukan dan dikenang dalam dunia pembiakan kuda Arab tempatan. This page highlights Arabian stallions that were once part of Kelantan’s breeding program but…

  • YOUNG CROSSBRED / ANGLO

    Halaman ini memaparkan koleksi kuda kacukan Arab muda berumur bawah empat (4) tahun, hasil daripada program pembiakan antara kuda Arab tulen dengan pelbagai baka lain seperti kuda tempatan (kuda padi & kacukan kelantan), Anglo Arabian, Crossbred, Quarter Horse dan Thoroughbred. Dipaparkan bersama maklumat pedigree asas sebagai rujukan penting dalam penilaian potensi pembiakan, prestasi dan pembangunan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *